fbpx

Tali Pinggang Menteri Wilayah jadi rebutan

TALI Pinggang Menteri Wilayah antara 12 tali pinggang yang menjadi rebutan dalam Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Kementerian Wilayah Persekutuan-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KWP-DBKL) di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini.

Kejohanan bermula jam 8.45 malam itu dianjurkan Kelab Muay Thai Kuda Merah dengan kerjasama Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan DBKL sempena Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pengerusi teknikal kejohanan, Rosli Yaacob berkata, seramai 24 peninju tempatan dan antarabangsa termasuk dari Thailand serta Filipina bakal berentap memburu kejuaraan.

Menurutnya, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Timbalannya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dijangka hadir menyaksikan perlawanan serta merasmikan kejohanan tersebut.

“Tali Pinggang Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Tali Pinggang Sinar Harian juga dipertandingkan pada malam kedua dengan kehadiran peminat Muay Thai dijangka membanjiri stadium.

“Tiga peninju Wilayah Persekutuan, Azim PMKL, Aniq Shazwan Black Tiger dan Hairi Hallo Lab yang membawa misi emas Sukma di Johor tahun ini turut mengibarkan cabaran mereka pada kejohanan kali ini,” katanya.

Tambah Rosli, tiket kejohanan boleh dibeli di kaunter stadium yang dibuka seawal jam 4 petang dengan harga RM20 (RM15 pembelian awal) bagi tempat duduk bebas dan RM80 (RM50 pembelian awal) bagi ringside.

Katanya, kejohanan menerima penajaan bersama antaranya, Sinar Harian, A’ Aura Beauty, Target Security, Along Project, Pin Mayana, Kuda Merah Tomyam, Tafadhdal Security dan lain-lain.

Sumber: Sinar Harian

Foto: Facebook MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN (MSWP)

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews