fbpx

1,000 peminat dapat RM2,032 setiap seorang

Amerika Syarikat: Bintang realiti, Kim Kardashian menyatakan hasrat untuk menghadiahkan wang USD500 atau RM2,032 kepada peminat-peminatnya.

Dalam ciapan di Twitter itu, Kadarsian menawarkan wang tunai itu kepada 1,000 orang.

“Tahun 2020 menjadi tahun yang sukar dan ramai yang kerisauan kerana tidak mampu lagi menanggung beban kewangan.

“Saya nak kongsikan rasa kasih sayang dengan menghantar USD500 kepada 1,000 orang,” tulisnya. 

Bintang program realiti Keeping Up With The Kardashians itu juga meminta pengikutnya di laman sosial itu untuk menggunakan aplikasi $cashtag dan hashtag #KKWHoliday.

Pemberian itu juga bertujuan untuknya bersama-sama berkongsi rasa bahagia meraikan sambutan Hari Krismas pada tahun ini. 

Niat baik isteri kepada Kanye West itu disambut baik oleh netizen dan diulang ciap berjumlah keseluruhan sebanyak hampir 30,000.


Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews