fbpx

COVID-19: Penggunaan vaksin harus, wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan

KUALA LUMPUR: Hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Hukum berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu dan telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja (MRR).

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini, meminta seluruh rakyat, terutama umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 menerusi penggunaan vaksin.

Gambar: aeccglobal.my
Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews