fbpx

Kes baharu 1,348, Selangor tertinggi lapan hari berturut-turut

PUTRAJAYA: Selangor terus merekodkan kes harian baharu tertinggi Covid-19 untuk lapan hari berturut-turut iaitu 535 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 363 kes adalah daripada kluster dan saringan kontrak rapat.

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 226 kes manakala Sabah sebanyak 189 kes.

Sehingga kini, terdapat 102 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 44 kes memerlukan bantuan pernafasan dan lima kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian baharu pula merekodkan sebanyak 1,348 kes yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 98,737 kes.

“Manakala, bilangan kes sembuh adalah sebanyak 710 kes yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya sebanyak 80,014 kes,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Gambar: msn.com
Sumber: Utusan Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews