fbpx

PKPD Kondominium Sierra East ditamatkan hari ini

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kondominium Sierra East dekat Persiaran Paya Terubong, Relau di Pulau Pinang ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan penamatan PKPD lebih awal bagi lokaliti itu diambil hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, kerajaan melaksanakan PKPD di kawasan Flet Persiaran Paya Terubong, Relau di Pulau Pinang bermula 7 Disember yang kemudian disambung dan dijadual tamat pada 31 Disember ini.

“Bagaimanapun, KKM memaklumkan terdapat satu lokaliti di Persiaran Paya Terubong iaitu Kondominium Sierra East yang penghuninya sudah disaring secara keseluruhan dan tiada kes positif COVID-19 direkodkan.

“Penilaian risiko oleh KKM juga mendapati majoriti penduduk kondominium ini tidak ada kaitan dengan kluster dilaporkan.

“Atas nasihat KKM, sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPD di kondominium itu pada hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gambar: thestar.com.my

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews