fbpx

Nama Siti Nurhaliza di Walk of Fame luar negara

Kuala Lumpur: Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi artis tempatan pertama memiliki Walk of Fame (WOF) di luar negara iaitu di Adelaide Festival Centre, Autralia.

Ia susulan kejayaan Siti mengadakan konsert sempena OZ Asia Festival di sana pada Oktober tahun lalu.

Siti, 41, berkata dia tidak menjangka sama sekali mendapatkan pengiktirafan itu sekali gus menjadi hadiah sempena ulang tahun ke-25 dalam industri tahun depan.

“Saya tidak pernah menjangka nama saya diabadikan di WOF di Adelaide kerana selama ini hanya melihat dan bergambar dengan WOF artis lain sewaktu berkesempatan ke Hollywood.

“Memang tidak pernah saya membayangkan penghargaan ini tetapi saya bersyukur kerana ini juga satu penghargaan buat industri muzik negara kita. Saya kira ini satu pencapaian untuk ulang tahun ke-25 saya di dalam industri pada tahun depan,” katanya.

Siti berkata, dia berharap dapat ke sana sekali lagi untuk bergambar di WOF yang mengabadikan namanya.

“Pihak penganjur di sana memang ada menghubungi pengurusan sewaktu mencalonkan nama saya dan saya terpilih menerusi undian terbanyak Public Choice. Apabila saya mendapat undian tertinggi untuk diabadikan di WOF, pihak Siti Nurhaliza Productions dan juga peminat menunjukkan kepada saya pemberitahuan daripada penganjur menerusi Facebook rasmi mereka.

“Saya sentiasa bersyukur di atas setiap kurniaan Allah SWT. Penghargaan WOF ini juga adalah rezeki anak yang bakal lahirk. Mana tahu ada rezeki kembali ke sana dan saya pasti hendak bergambar dengan WOF saya.

“Selain itu, ini juga kerja keras peminat saya di mana saja mereka berada. Mereka memberikan sokongan yang kuat sepanjang proses undian ini. Terima kasih kepada semua peminat saya dari dalam mahupun luar negara,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts