fbpx

Semakin pulih, Nabila Razali sahkan buat persembahan di AJL35

PENYANYI dan pelakon, Nabila Razali mengesahkan akan menyampaikan sendiri lagunya, Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang dijangka berlangsung Februari depan.

Jelas Nabila, biarpun kesihatannya belum pulih sepenuhnya, namun keadaannya kini semakin baik berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah ya, saya akan terlibat secara langsung di malam final AJL35. Kesihatan saya semakin pulih, tetapi saya masih lagi dalam tempoh recovery,” katanya kepada Sinarplus.

Bukan itu sahaja, demi memberi komitmen penuh dan persediaan untuk ke pentas AJL35, Nabila mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan.

“Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan maaf kepada pihak produksi dan penerbit kerana terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan buat masa ini sehingga hujung Januari kerana saya mahu fokus pada persiapan AJL35.

“Saya juga yakin penyanyi yang lain ada persiapan mereka tersendiri, tetapi memandangkan ini  pertama kali saya terlibat dlm AJL35, jadi sudah tentu saya perlu membuat persiapan yang lebih supaya dapat memberi persembahan yang baik dan impak kepada penonton.

“Ini adalah impian saya untuk menjejakkan kaki ke pentas AJL dan alhamdulillah ia jadi kenyataan,” katanya yang turut berterima kasih kepada komposer Peluang Kedua iaitu Hael Husaini dan MFMF kerana menghasilkan lagu yang disifatkan sebagai ‘AJL Material’.

Sebelum ini, Nabila terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM34) atas masalah kesihatan dan setelah mendapat nasihat doktor dan gurul vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Tempat Nabila kemudiannya diganti Hael sendiri. Selain lagu Peluang Kedua, dua lagi lagu ciptaan Hael iaitu Hati dan Belenggu Rindu layak mara ke AJL35.

Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews