fbpx

Steiner pertahan pemilihan Mazepin

LONDON – Ketua pasukan Haas, Guenther Steiner menyelar kritikan sesetengah pihak yang mempersoalkan perancangan mereka membawa masukan dua pelumba muda iaitu Mick Schumacher dan Nikita Mazepin.

Pasukan Amerika Syarikat (AS) tersebut menerima kecaman hebat pelbagai pihak selepas menyingkirkan Romain Grosjean dan Kevin Magnussen semata-mata ingin membawa masuk dua pelumba rookie terutama Mazepin yang dikatakan berada bersama pasukan tersebut kerana hadir dengan penajaan besar.

Mazepin merupakan anak jutawan Rusia iaitu Dmitry Ma­zepin dan dikatakan telah menyuntik dana kepada pasukan Haas untuk memastikan anak­nya itu beraksi dalam saingan utama F1 meskipun tidak meraih gelaran di Formula 2 (F2).

Bagi Steiner, pelumba yang hadir ke saingan F1 dengan tajaan bukan satu kesalahan, malah terdapat beberapa pelumba yang berjaya menggunakan tindakan seperti itu seperti Niki Lauda hingga mampu meraih tiga gela­ran dunia F1.

“Terdapat banyak pelumba yang menyertai perlumbaan F1 dengan sokongan kewangan yang baik di belakang mereka. Seperti Checo Perez, dia merupakan pelumba berbayar dan dia juga berjaya menaiki podium.

“George Russell bagi saya adalah merupakan pelumba terbaik, tetapi tanpa bantuan Mercedes dia mungkin tidak berada pada tahap seperti itu. Lance Stroll juga berada di podium dan di belakang mereka ada penaja.

“Ketika saya berjumpa ­dengan Niki Lauda suatu ketika dahulu dia berkata kepada saya dia beraksi di F1 kerana terdapat sebuah bank yang menajanya. Le­bih menarik dia berjaya meraih tiga gelaran dunia.

“Itu semua bergantung pada sudut mana ada melihat. Sekiranya seseorang itu mempunyai sokongan kewangan, mereka mempunyai peluang yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Steiner. – AGENSI

Sumber: KOSMO

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews