fbpx

Ariana Grande kirim hadiah kenang tragedi

PENYANYI Ariana Grande mengirim hadiah kepada pesakit di Royal Manchester Children Hospital dan Manchester Royal Infirmary sempena Hari Krismas baru-baru ini.

Menurut laporan Daily Mail, hadiah tersebut dimasukkan ke dalam sebuah kotak tanpa menulis pesanan dan nama pengirimnya.

Menurut kenyataan penyanyi lagu Thank U, Next itu, dia memilih untuk memberikan sumbangan dan hadiah di kedua-dua hospital tersebut kerana terkenang kejadian pengeboman yang berlaku ketika konsertnya di Manchester, England pada 2017.

“Saya masih belum lupa kejadian pengeboman di konsert saya yang berlangsung di Manchester Arena tiga tahun lalu.

“Seorang pengebom meletupkan diri ketika orang ramai sedang berlari keluar dari dalam stadium selepas menyaksikan konsert saya. Seramai 22 orang terbunuh, manakala 139 yang lain cedera,” katanya.

Selepas tragedi berdarah berkenaan, kebanyakan mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke kedua-dua buah hospital tersebut untuk menerima rawatan.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews