fbpx

Sasha Elite rakyat Malaysia pertama terima suntikan Covid-19

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Shasha Mohd Saidin menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi Instagram, ahli kumpulan Elite itu menyatakan beliau dan suaminya telah menerima mendapat suntikan dos pertama vaksin jenis Sinopharm.

Melalui perkongsian tersebut, beliau berkata, suntikan itu diterima beliau ketika berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kami mengambil keputusan untuk suntikan vaksin jenis Sinopharm kerana keberkesanan sebanyak 86 peratus setelah mendengar khabar tentang mutasi terbaharu Covid-19,” ciap beliau di laman sosialnya beberapa hari lalu.

Pelakon berusia 44 tahun itu memberitahu, beliau dan suaminya Sirhan Wahab memilih vaksin jenis itu kerana keberkesanannya namun, suntikan jenis Pfizer lebih tinggi iaitu 96 peratus tetapi masih belum boleh dapat diperolehi di negara itu. 

Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »