fbpx

Sistem kesihatan tertekan, pesakit COVID-19 tanpa gejala dinasihat jalani kuarantin di rumah

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihati mereka yang positif COVID-19 namun tidak bergejala atau asymptomatic untuk menjalani kuarantin di rumah terlebih dahulu.

Ini kerana mereka berkemungkinan tidak akan segera dibawa ke hospital berikutan peningkatan kes yang perlu ditangani pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini.

“Ini juga berlaku di Sabah. Kami bercakap mengenai lebih daripada 1,000 kes sehari.

“Ini disebabkan peningkatan ujian di kalangan pekerja asing dan seperti yang dijangkakan lebih banyak kes didiagnosis.

“Pekerja asing tidak ada tempat untuk diasingkan, kami ada ribuan di sini. Kami menambah bilangan katil menjadi 10,000,” katanya memetik laporan portal Malay Mail, pada Isnin.

Dr Noor Hisham menjawab aduan seorang pemilik perniagaan yang mendakwa tiada tindakan daripada KKM walaupun dua pekerjanya positif COVID-19.

Beliau dalam pada itu juga meminta mereka yang dikesan positif agar berhubung dengan pejabat kesihatan daerah masing-masing.

Kes baharu COVID-19 di negara ini semalam turun kepada 1,196 berbanding rekod sehari sebelumnya iaitu sebanyak 2,335 jangkitan

Malaysia kini mempunyai 20,233 kes COVID-19 yang aktif.

Gambar: New Straits Times
Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews