fbpx

Emma Roberts sudah jadi ibu

Los Angeles: Pelakon Emma Roberts, 29, kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, kelmarin.

Bayi lelaki hasil hubungannya dengan pasangan, Garrett Hedlund itu dilahirkan dengan berat 4.1 kilogram.

Sehari selepas itu, pasangan itu dikhabarkan menamakan bayi mereka dengan nama Rhodes.

Walaupun mereka cuba menyembunyikan berita kehamilan itu, namun ia mula tersebar dan menjadi bualan sejak Jun lalu.

Mereka mula rapat pada Mac tahun lalu sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke fasa lebih serius dalam hubungan cinta mereka.

Sebelum bersama Emma, Garrett juga pernah menjalin hubungan cinta dengan Kristen Dunst selamat empat tahun.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews