fbpx

Impian Hael Husaini miliki kediaman tiga tingkat tercapai, akur jodoh belum sampai – “Rumah ini hasil kerja keras dalam bidang seni”

IMPIAN Hael Husaini untuk memiliki rumah yang mempunyai studio sendiri akhirnya tercapai apabila penyanyi dan komposer itu berkongsi foto kediaman baharunya di laman Instagram sekitar awal Disember lalu.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 33, berkata pembelian rumah tiga tingkat itu merupakan hasil kerja kerasnya sepanjang berada dalam industri seni.

Menurut penyanyi lagu Hati ini, dia akan berpindah ke kediaman tersebut pada tahun hadapan dan mendoakan agar orang lain turut dikurniakan rezeki untuk memiliki kediaman impian sepertinya.

Alhamdulillah… sebenarnya saya dah pun bekerja keras selama ini dan ini merupakan perancangan saya untuk membeli rumah saya sendiri. Rumah yang saya boleh buat studio sendiri juga.

Sebab saya sentiasa menyimpan angan-angan untuk ada home studio. Jadi, akhirnya dah tercapai impian saya… Alhamdulillah, doakan saya supaya dapat miliki studio sendiri.

Buat masa sekarang masih belum lagi berpindah ke rumah itu tapi mungkin sekitar tahun hadapan. Insya-Allah nanti saya akan buat video home tour dan kongsikan kepada peminat.

Saya beli rumah ini dengan hasil kerja sepanjang dalam bidang seni dan Alhamdulillah… semuanya dipermudahkan. Saya pun mendoakan agar anda di luar sana juga dapat rezeki dan rumah idaman anda," katanya kepada mStar.

Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran lagu duetnya bersama penyanyi Haqiem Rusli dan Naim Daniel berjudul Lara di Hotel Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, pencipta lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali itu meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah yang menjadi impiannya.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan ‘suri rumah, Hael mengakui dia mempunyai niat untuk berkahwin namun akur waktu dan jodohnya masih belum tiba.

Sebenarnya kalau nak cakap soal jodoh ini… ikutkan hati saya memang nak kahwin dan esok pun saya boleh. Tapi ini soal jodoh… jadi, kalau saya nak marah atau persoalkan pun tak boleh.

Sebab at the end of the day, kita kena bertanya kepada Allah juga. Kalau dah sampai jodoh dan waktunya saya berkahwin, Insya-Allah saya akan kongsikan berita gembira itu kepada semua”, ujarnya.

Sumber: mStar

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews