fbpx

Isu Sambut Hari Natal, PU Syed Gesa Awal Ashaari Dan Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa

Terpalit dengan isu sambutan Hari Natal, personaliti TV Awal Ashaari dilihat telah menerima pelbagai respon dan pendapat daripada kalangan netizen mengenai hukum menyambut perayaan tersebut.

Lebih kepada dikecam, Awal telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut menerusi ruangan Instagram Storinya namun dipadam tidak lama kemudian.

awal

Dalam pada itu, pendakwah bebas PU Syed turut dilihat memberikan sedikit pandangan dan juga telah meminta pelakon dan pengacara itu supaya memadam foto-foto sambutan Hari Krismas itu di media sosialnya. Turut sama ditegur adalah ahli politik terkenal iaitu Syed Saddiq yang sebelum ini telah memuat naik foto memakai topi Santa Claus di media sosialnya.

PU Syed difahamkan telah memberi teguran tersebut menerusi akaun Instagramnnya dan dia juga menjelaskan bahawa pemakaian topi Santa Claus atau perhiasan berkaitan Hari Natal adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam agama Islam.

“Hukum memakai pakaian Santa adalah haram. Inilah yang para ulama telah hukumkan. Maka jangan datangkan fitnah kepada diri, keluarga dan agama dengan membuat sesuatu yang bidaan dholalah itu. Semoga dapat dipadam gambar-gambar kalian dengan memakai topi santa itu”

PU Syed dikatakan telah tampil bersuara apabila dirinya diasak netizen untuk tampil memberikan komen berkenaan sesetengah golongan selebriti yang memakai perhiasan Hari Natal itu, baru-baru ini.

Dia dilihat turut memetik beberapa nama dalam entrinya termasuklah Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya serta bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Sumber: Beautifulnara

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts