fbpx

Neymar ‘buat hal’ lagi

SAO PAULO: Bintang Brazil, Neymar menjadi tumpuan dalam kontroversi terbaharu selepas beberapa media Brazil melaporkan pemain itu menganjurkan parti besar sempena Tahun Baharu ketika pandemik COVID-19, dakwaan yang dinafikan peguamnya.

Acelmo Goes, penulis di akhbar O Globo, melaporkan penyerang Paris Saint-Germain itu menjemput 500 orang untuk parti selama seminggu di rumah mewah tepi laut dekat Rio de Janeiro yang bermula Sabtu lalu hingga Tahun Baharu.

Neymar, yang bukanlah asing kerana suka menyertai majlis sebegitu, didakwa turut memasang perkakasan mengurangkan bunyi supaya tidak mengganggu jirannya.

Leo Dias, penulis di laman sesawang Metropoles turut menamakan artis yang akan membuat persembahan pada parti Neymar seperti Ludmilla dan Wesley Safadao.

Brazil mencatatkan kematian kedua tertinggi COVID-19 di dunia dengan lebih 191,000, manakala 7.4 juta dijangkiti virus berkenaan.

Agensi penganjuran majlis keraian, Agencia Fabrica, mengeluarkan kenyataan mengesahkan mereka diberikan kontrak untuk acara Tahun Baharu di wilayah Costa Verde iaitu di kawasan kediaman Neymar “yang akan menjemput kira-kira 150 orang… sambil menghormati peraturan ditetapkan pihak kesihatan awam.”

Bagaimanapun peguam Neymar menafikan satu parti besar diadakan atau majlis membabitkan Agencia Fabrica berkaitan dengan bintang bola sepak itu.

“Bukan! Ini acara dianjurkan Fabrica. Ia tidak membabitkan Neymar,” katanya kepada AFP.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts