fbpx

Samsons ubat rindu peminat, album V lebih padu

SETELAH lama menanti, band popular Indonesia, Samsons kini kembali dengan album terbaharu mereka berjudul V. Album kelima itu dianggap sebagai sebuah karya istimewa buat Samsons yang dianggotai oleh Aria Dinata selaku vokalis, Irfan Aulia Irsal (gitar), Erik Partogi Siagian (gitar) dan Aldri Dataviadi (bass) setelah lebih 17 tahun dalam industri muzik.

Manakan tidak, album yang memuatkan 12 buah lagu itu dihasilkan dengan melibatkan puluhan pemuzik yang bergabung dalam Budapest Scoring Symphony Orchestra.

“Untuk album V ini, kami bekerjasama dengan 55 orang pemain orkestra terbaik di Budapest yang terdiri daripada 40 pemain strings, tujuh pemain woodwinds, tujuh pemain brass dan seorang pemain percussion yang aktif membuat muzik skor untuk filem-filem Hollywood.

“Penglibatan muzik orkestra sebenarnya bukan sesuatu yang baru dalam karya Samsons kerana menerusi album Penantian Hidup yang dihasilkan pada tahun 2007, kami pernah bekerjasama dengan Sydney Philharmonic Orchestra.

“Ini yang membuatkan Irfan Aulia tidak mengalami kesukaran signifikan untuk berkolaboratif dengan kumpulan orkestra,” kata Samsons.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album V terdiri daripada Lalu, Sampai Padamu, Ternyata Cinta, Tuhan Tak Pernah Salah, Andai Aku Tahu, Jika Nanti, I Love U, Denting Asmara, Cinta Mati, Tak Semestinya, Move On dan Sahabat.

“Secara keseluruhannya Samsons masih tampilkan muzik pop rock ballad untuk album ini dan tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita pada setiap lirik lagu.

“Lagu bertema romansa memang sinonim dengan Samsons. Walaupun tema cinta itu bisa diintepretasi atau diterjemahkan ke dalam banyak hal, secara universal.

“Sementara dari segi susunan muzik, seperti yang sudah dikatakan sebelumnya, komposisi lagu pop ballad disematkan dengan bunyian ala orkestra menjadi paduan sempurna dalam album ini,” uajr Samsons lagi.

Album V terbitan Universal Muzik Indonesia itu kini boleh didapati di semua platform muzik digital. Manakala rakaman sebalik tabir pembikinan muzik bersama Budapest Scoring Symphony Orchestra pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube Samsons.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts