fbpx

Adam Levine tak akan kembali bersama The Voice

“Tidak, terima kasih.”

Demikian jawapan ringkas yang diberikan penyanyi Maroon 5, Adam Levine yang juga bekas ‘coach’ dalam program The Voice apabila ditanya peminat sama ada dia akan kembali lagi ke program itu atau tidak. 

Levine menjawab pertanyaan itu menerusi sesi soal jawab yang dibuat di Instagram Story. 

Selain soalan mengenai The Voice, ada juga peminat yang bertanya sama ada dia merindukan rakan seperjuangannya yang juga ‘coach’ The Voice, Blake Shelton. 

“Siapa Blake?” jawabnya dalam nada bergurau. 

Tidak cukup dengan itu, peminat terus-menerus menanyakan soalan mengenai apakah album Shelton yang menjadi kegemarannya. 

“Siapa Blake yang anda maksudkan ini?” jawabnya. 

Levine menjadi antara ‘coach’ terawal yang duduk di kerusi berputar The Voice pada 2011.

Selepas 16 musim, dia kemudiannya mengumumkan menarik diri sebagai ‘coach’ pada Mei tahun lalu. 

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews