fbpx

Kompaun jika berkumpul sambut Tahun Baru

KUALA LUMPUR – Orang ramai berdepan tindakan kompaun sekiranya didapati berkumpul bagi sambutan Tahun Baru di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM akan membuat rondaan pada malam ini bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan sambutan Tahun Baru di mana-mana tempat khususnya sekitar Lembah Klang.

“Sekiranya kita kesan masih ada yang ingkar untuk berkumpul, tindakan kompaun akan diambil serta merta.

“Tindakan ini diambil sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada Kosmo! dalam satu wawancara khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu pihaknya menolak tiga permohonan meraikan sambutan tahun baru di ibu negara.

“Ketua Polis Kuala Lumpur telah menolak permohonan itu kerana kita bimbang tempat itu akan padat dengan kapasiti yang ramai sekiranya diluluskan,” ujarnya.

Tambah Abdul Hamid, orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi SOP ditetapkan KKM bagi memastikan rantaian Covid-19 diputuskan.

Sumber: K! ONLINE

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews