fbpx

Positif Covid-19 selepas bercuti di Langkawi

Kuala Lumpur: Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan yang dikendalikan sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam. 

Harris berkata, dia kini sedang menunggu keputusan ujian saringan kedua yang dijalankan pagi tadi.

“Semalam saya baru sahaja menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif wabak ini untuk saringan pertama.

“Pagi tadi saya sudah menjalani ujian saringan kedua dan sedang menanti keputusan. 

“Buat masa sekarang, saya sedang menjalani kuarantin di rumah seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya yang baru pulang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.

Menurut Harris, rakan baiknya, Tajuddin Bakar turut didapati positif Covid-19 menerusi ujian saringan pertama.

“Tajuddin juga didapati positif Covid-19. Saya kini sedang kuarantin di rumahnya. Saya tak berani pulang ke rumah sebab tak nak membahayakan ahli keluarga lain. Jadi, saya ambil keputusan untuk kuarantin berdua di rumah Tajuddin, sementara menunggu keputusan.

“Kepada sesiapa yang ada kontak rapat dengan saya sejak dua minggu yang terakhir ini,  diharapkan anda pergi melakukan ujian saringan.

“Setakat ini saya masih menunggu panggilan rasmi dari pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Saya mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews