fbpx

Beza 17 tahun, Harris nikah Intan 6 Februari ini

Intan Ladyana dan Harris Alif.

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai perkahwinan pasangan artis, Harris Alif dan Intan Ladyana akhirnya terjawab apabila mereka mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari ini.Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh pasangan berkenaan menerusi satu sesi sidang akhbar khas secara virtual hari ini.

“Setelah berbincang dengan keluarga, kami telah sepakat untuk memilih 6 Februari ini sebagai tarikh perkahwinan kami.

“Setakat ini persiapan sudah menjangkau 90 hingga 95 peratus. Biarpun majlis ini diadakan ketika Covid-19, majlis akan diadakan mengikut SOP yang telah ditetapkan,” ujar Harris.

Menurut Harris, dia masuk merisik pada bulan Julai tahun lalu, iaitu sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan.

Dalam pada itu, tidak ketinggalan, pasangan itu juga bakal menyarung barangan kemas jenama terkemuka, Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta pada majlis pernikahan serta resepsi.

Sementara itu, Intan berkata, kini dia sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri.

“Saya bersyukur kerana hubungan kami telah mendapat respon positif dan restu daripada kedua-dua belah pihak.

“Lagipun sejak awal perkenalan kami lagi semuanya telah berjalan lancar,” ujarnya.

Menjalin cinta hampir setahun, pasangan berkenaan mengumumkan secara terbuka mengenai hubungan mereka tahun lalu.

Biarpun usia 17 tahun membezakan mereka, bukan alasan atau halangan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.

Teristimewa sebelum hari bahagia mereka, Harris juga sebelum ini telah melancarkan lagu baharunya berjudul Anugerah yang semestinya didedikasikan buat jantung hatinya itu

Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts