fbpx

Gayakan tambut merah seperti watak ‘Black Widow’, Rebecca Nur Islam tutup ruangan komen di Instagram

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam nampaknya telah mencuri perhatian warga maya apabila dia ada memuat naik sekeping foto memaparkan dia menggayakan busana dan rambut palsu berwarna merah seperti watak filem Hollywood, Black Widow.

Difahamkan, Rebecca pada ketika itu sedang meraikan sebuah majlis hari jadi anak sahabatnya di sebuah hotel dengan tema adiwira, baru-baru ini.

Turut kelihatan, suami tersayang iaitu Datuk Nur Azam Sulaiman turut memakai kostum watak Thor dalam majlis tersebut.

Pelakon drama Jangan Tegur Lagi itu dilihat menggayakan rambut palsu warna merah terang dan baju dalam berwarna hitam pada bahagian leher.

Pada majlis itu, Rebecca dan beberapa tetamu wanita lain turut bermain permainan mencari suami yang kini sedang tular di beberapa buah negara Asia ketika ini.

Rebecca Nur Al IslamSumber : Instagram Rebecca Nur Al Islam  

Meskipun begitu, nampaknya pelakon jelita itu mengambil jalan selamat apabila bertindak menutup ruangan komen di beberapa video dan gambar yang dimuat naik di media sosial berkenaan dengan acara itu.

Mungkin tidak mahu netizen memberi komen ‘panas’ barangkali?

Sumber: Beautifulnara

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts