fbpx

Mangsa banjir di Perak terus meningkat, tambahan satu daerah baharu

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 1,237 setakat jam 8 pagi ini, berbanding 1,010 petang semalam melibatkan empat buah daerah yang semuanya ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kuala Kangsar merupakan daerah baharu terjejas, selain Muallim, Kampar dan Hilir Perak.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, daerah Muallim paling teruk selepas Kampung Slim Village, Kampung Balun dan Kampung Kuala Slim dinaiki air sehingga menyebabkan 554 penduduk daripada 118 keluarga terpaksa berlindung di empat buah PPS.

Menurutnya, di daerah Hilir Perak seramai 557 mangsa banjir dari 12 kampung dipindahkan ke enam PPS.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Tanjung Keramat, Kampung SC Ayer Hitam, Kampung Tengah Ayer Hitam, Kampung Sungai Ramai, Kampung Belakang Kedai Degong dan Kampung Chikus Langkap.

Di daerah Kampar pula, 75 orang berada di tiga PPS selepas Kampung Batu 20, Kampung Jeram dan Kampung Singh, Gopeng dinaiki air.

Lewat petang semalam, 51 penduduk dari Rancangan Penempatan Tersusun Tok Sirat, Sungai Siput dalam daerah Kuala Kangsar, dipindahkan ke PPS kampung itu.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews