fbpx

MET nafi dakwaan Malaysia sejuk seperti London pada Februari

KUALA LUMPUR: 5 Jan  — Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan dakwaan cuaca musim sejuk seperti kota London bakal melanda Malaysia pada Februari nanti.

MET Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, dakwaan yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu adalah maklumat palsu, yang pernah tersebar pada 2016 dan telah diulang siar.

MET Malaysia turut menjelaskan keadaan cuaca sejuk yang dialami di kebanyakan kawasan di Semenanjung terutamanya Pantai Timur dan Pantai Barat ketika ini, disebabkan keadaan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari, akibat luruan angin sejuk yang melanda negara.

“Selain itu, keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas, turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang lebih sejuk daripada biasa,” menurut kenyataan itu.

Pada 3 Jan lepas, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21 hingga 22°C dan keadaan itu adalah biasa apabila hujan serta mendung berlaku sepanjang hari.

Justeru orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca, melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MET Malaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.  

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews