fbpx

Taktik guna tandatangan Ketua Polis Pahang

KUANTAN: Polis Pahang mengesan taktik baharu sindiket Macau Scam, yang menggunakan surat palsu kononnya ditandatangani Ketua Polis Pahang bagi memperdayakan mangsa, untuk memindahkan wang ke akaun mereka. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, surat yang menggunakan kepala surat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu mendakwa, penerimanya perlu memindahkan wang atau ditangkap atas alasan […]

Lima maut akibat banjir, cetus persoalan isu kesedaran awam

KUALA LUMPUR: Lima individu dilaporkan maut, manakala dua hilang susulan kejadian banjir di beberapa negeri, baru-baru ini, sekali gus mencetuskan persoalan tahap kesedaran rakyat terhadap aspek keselamatan apabila berdepan bencana alam itu. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, berkata sehingga jam 8 pagi tadi, tiga kematian dilaporkan dengan […]

Individu saksi perlawanan kriket di stadium positif Covid-19

SYDNEY: Stadium terbesar Australia, Melbourne Cricket Ground (MCG) dikenal pasti sebagai lokasi penularan Covid-19, selepas seorang individu yang menyaksikan perlawanan kriket pada bulan lalu diuji positif virus itu, lapor Agensi Berita Xinhua. MCG mempunyai kapasiti melebihi 100,000 orang, namun disebabkan Covid-19 ia dihadkan kepada 30,000 untuk pertandingan kriket antara Australia dan India yang diadakan selama […]

Khabib ditawar RM401 juta lawan Mayweather

LONDON: Khabib Nurmagomedov ditawarkan AS$100 juta (RM401.45 juta) untuk bertarung dengan Floyd Mayweather manakala Dana White ‘juga bersetuju’, dedah pengurusnya. Ali Abdelaziz – yang mewakili Khabib sepanjang kariernya – membuka mulut mengenai cadangan ketika dia mencabar Mayweather menerima pertarungan itu. Abdelaziz memberitahu TMZ Sports: “Dengar sini, kami menerima tawaran AS$100 juta untuk menentang Floyd Mayweather. […]

Penafian berita palsu tular 9 pagi, 6 Jan – KKMM

KUALA LUMPUR: 6 Jan — Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya orang awam yang telah mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial. JKN Pahang menjelaskan […]

EPL rekod 40 kes positif COVID-19

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam mengesahkan 40 pemain dan kakitangan diuji positif COVID-19 dalam dua pusingan ujian minggu lalu tapi menegaskan saingan musim ini akan diteruskan mengikut perancangan. Jumlah berkenaan lebih daripada dua kali ganda daripada rekod lama iaitu 18 positif dan ia hadir ketika England menjalani perintah berkurung di seluruh negara bagi mengurangkan […]

Kanak-kanak 5 tahun pecah usus disepak nenek saudara

RAWANG: Disepak, ditendang sehingga usus pecah. Itu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak perempuan yang maut didera nenek saudaranya, 30 Disember lalu. Mangsa berusia 5 tahun dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek yang juga warga Indonesia berusia 55 tahun sejak tinggal bersama pada 2017.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri […]

Amy sukar tepis rasa bimbang

Berikutan jumlah kes jangkitan Covid-19 tempatan yang masih membimbangkan, semestinya membuatkan ramai berat hati untuk keluar bekerja. Demikian juga dirasakan pelakon Amy Mastura yang setiap hari bimbang jika terbabit dengan penggambaran. Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 49, mengakui bukan mudah untuk menepis perasaan itu walaupun kerja tetap kena jalan. Apalagi jika harus berjumpa […]

Gadis Bond, Tanya Roberts meninggal dunia pada usia 65 tahun

Los Angeles: Pelakon Tanya Roberts yang popular menerusi watak gadis Bond, meninggal dunia pada usia 65 tahun di sebuah hospital, di sini, semalam. Jurucakapnya, Mike Pingel mengesahkan berita itu tanpa mendedahkan punca kematiannya. Menurutnya, Roberts dimasukkan hospital selepas pengsan ketika mendaki bukit di sekitar rumahnya pada 24 Disember lalu. Bagaimanapun, dia menafikan pelakon terbabit meninggal […]

Kwiknews