fbpx

Amaran cuaca buruk di enam daerah di Kelantan

KUALA LUMPUR: 6 Jan — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan berlaku hari ini melibatkan daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon dalam kenyataan berkata amaran cuaca waspada peringkat kuning turut dikeluarkan bagi daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Pahang pada tempoh yang sama.

“Dalam tempoh tersebut, kejadian angin kencang boleh berlaku di kawasan pantai di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan Sabah.

“Kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan Sabah dijangka mengalami kejadian ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang terutamanya pada waktu petang sehingga awal malam,” katanya.

Beliau berkata keadaan itu berpotensi menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah serta kerosakan kepada struktur yang tidak kukuh.

Kenyataan itu turut menyatakan angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur dalam tempoh tersebut.

Jailan turut memaklumkan di perairan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 50 km/j dengan ombak sehingga 3.5 meter dijangka boleh berlaku dalam tempoh tersebut.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews