fbpx

Anugerah Grammy 2021 ditangguh ekoran COVID-19

Los Angeles, UNITED STATES: The trophy of the Grammy Awards in Los Angeles 11 February 2007. AFP PHOTO/Gabriel BOUYS (Photo credit should read GABRIEL BOUYS/AFP via Getty Images)

PENGANJURAN anugerah muzik tahunan Grammy yang dijadual diadakan pada 31 Januari ini terpaksa ditangguh ekoran penularan wabak COVID-19.

Berita itu disahkan penganjur yang memaklumkan bahawa majlis anugerah itu akan dianjak ke satu tarikh lain disebabkan kebimbangan penularan pandemik itu.

Portal Rolling Stone dan Variety melaporkan sehingga kini masih belum ada tarikh baharu yang ditetapkan, namun penganjur menjangka ia akan dianjur pada Mac.

Tahun ini, anugerah berkenaan dijadual berlangsung di Staples Center di Los Angeles, namun bandar tersebut merupakan salah satu wilayah yang terkesan dengan wabak.

Lapor portal Rolling Stone lagi, majlis anugerah itu juga dijangka akan dianjur tanpa kehadiran penonton di mana hanya penyampai serta artis undangan sahaja dibenarkan hadir.

Malah, pemenang juga akan diberikan trofi anugerah secara terkawal.

Anugerah tahun ini menyaksikan pelbagai pencalonan daripada bintang ternama antaranya Beyonce, Taylor Swift, Billie Eilish, Dua Lipa, Post Malone, dan Doja Cat.

Malah, bintang K-pop BTS juga dicalonkan dalam kategori Pop Duo / Kumpulan Terbaik.

Anugerah Grammy tahun ini akan dihoskan oleh Trevor Noah.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews