fbpx

Bekas polis didakwa terima rasuah RM500 daripada suspek kes dadah

SEREMBAN: 6 Jan — Seorang bekas polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM500 daripada seorang suspek kes dadah, tiga tahun lepas.

Mohd Faizal Paimin, 37, didakwa memperoleh suapan daripada suspek lelaki itu sebagai dorongan untuk tidak menahan suspek kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Lot 358, Jalan Beringin Kampung Linsum, Rantau, di sini, pada 4.20 petang, 4 Jan 2017.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan.

Kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan Zainab Yahaya ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Feb.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Petanda Verstappen bersara?

London: Ayah Max Verstappen berkata, anaknya mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) selepas dia berjaya ‘mencapai segalanya’ setakat ini. Pelumba Belanda itu mengharungi musim cemerlang

Read More »