fbpx

EPL rekod 40 kes positif COVID-19

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam mengesahkan 40 pemain dan kakitangan diuji positif COVID-19 dalam dua pusingan ujian minggu lalu tapi menegaskan saingan musim ini akan diteruskan mengikut perancangan.

Jumlah berkenaan lebih daripada dua kali ganda daripada rekod lama iaitu 18 positif dan ia hadir ketika England menjalani perintah berkurung di seluruh negara bagi mengurangkan tahap jangkitan.

Tiga perlawanan ditangguhkan minggu lalu ketika penularan di Manchester City dan Fulham.

Bagaimanapun kerajaan British memberikan kelonggaran buat sukan elit diteruskan walaupun perlu melalui peraturan ketat.

Dua kali seminggu ujian akan diadakan dan pelan digunakan ketika Project Restart musim lalu, disambung untuk saingan EPL selepas dikurangkan kepada sekali seminggu pada permulaan musim.

Pada ujian pusingan pertama minggu lalu, 28 positif direkodkan daripada 1,311 ujian manakala 12 lagi ditambah selepas 984 ujian pada pusingan kedua.

Walaupun ada pihak meminta ia ditangguhkan, peningkatan jumlah kes dan desakan daripada pemain untuk menghentikan saingan bagi mengelak jangkitan, EPL berkata mereka yakin ia boleh dilakukan mengikut perancangan. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts