fbpx

Khabib ditawar RM401 juta lawan Mayweather

LONDON: Khabib Nurmagomedov ditawarkan AS$100 juta (RM401.45 juta) untuk bertarung dengan Floyd Mayweather manakala Dana White ‘juga bersetuju’, dedah pengurusnya.

Ali Abdelaziz – yang mewakili Khabib sepanjang kariernya – membuka mulut mengenai cadangan ketika dia mencabar Mayweather menerima pertarungan itu.

Abdelaziz memberitahu TMZ Sports: “Dengar sini, kami menerima tawaran AS$100 juta untuk menentang Floyd Mayweather.

“Dana White juga bersetuju, semua orang bersetuju. Tapi anda tahu, Khabib ialah petarung MMA.

“Jika Floyd mahu bertarung, dia mesti bersedia, tiada masalah.”

Mayweather, 43, bersara daaripada era profesional pada 2017 selepas menewaskan bekas juara UFC, Conor McGregor.

Namun selepas Nurmagomedov mengatasi bintang Ireland itu setahun kemudian, dia sendiri mencabar petinju legenda itu bertarung di gelanggang.

Mayweather kemudian kembali dalam perlawanan pertunjukan berdepan bintang kickboxing kategori featherweight, Tenshin Nasukawa di Tokyo, yang dimenanginya pada pusingan pertama.

– AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Polis buru suspek pecah rumah

Tanah Merah: Polis memburu seorang suspek disyaki memecah masuk rumah di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau dan melarikan wang tunai serta barang berharga dianggarkan bernilai

Read More »
Kwiknews