fbpx

Lelaki maut, ibu dirawat terkena renjatan elektrik

TEMERLOH: Lelaki maut dipercayai mengalami renjatan elektrik selepas menyentuh tiang di depan rumahnya di Kampung Paya Kechik dekat sini, petang semalam.Isyraf Muhammad, 41, menyentuh tiang besi yang sebahagiannya ditenggelami air akibat banjir di pekarangan rumahnya pada 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa berdiri di bawah garaj rumahnya untuk meninjau keadaan banjir.

“Mangsa kemudiannya menyentuh tiang besi beranda depan sebelum mengalami renjatan elektrik.

“Ibu yang berada berhampiran menyedari kejadian menimpa anaknya itu dan bergegas cuba membantunya tetapi dia pula terpelanting ke belakang.

“Saudara mangsa yang kebetulan berada berhampiran kemudiannya mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

“Ibu mangsa pula dirujuk dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini, tetapi keadaannya stabil,” katanya.

Menurutnya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan menyiasat sumber arus yang menyebabkan berlaku renjatan elektrik terbabit.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews