fbpx

Penafian berita palsu tular 9 pagi, 6 Jan – KKMM

KUALA LUMPUR: 6 Jan — Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya orang awam yang telah mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial.

JKN Pahang menjelaskan bahawa Notis Perintah Tutup Premis yang dimaksudkan sebenarnya dikeluarkan bagi pelaksanaan aktiviti nyahkuman premis perniagaan di samping aktiviti pengesanan kontak rapat juga telah dilakukan selepas satu kes positif dikesan di daerah tersebut.

JKN Pahang menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dengan menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) di talian 09-5707985 / 7988 atau melalui e-mel [email protected] untuk sebarang pertanyaan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan produk minuman sebagai penawar COVID-19 seperti yang tular dalam media sosial.

Sehubungan itu, KKM menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual produk kononnya boleh menjadi penawar kepada virus COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews