fbpx

Bunuh warga emas: Ahli perniagaan direman seminggu

PETALING JAYA: Ahli perniagaan yang ditahan polis kerana disyaki membunuh lelaki warga emas sebelum meninggalkan mayat mangsa dalam but kereta direman seminggu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, permohonan reman dibuat polis terhadap lelaki berusia 40 tahun di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 13 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mayat warga emas dipercayai dibunuh beberapa hari lalu ditemukan dalam but kereta Volvo berwarna hijau di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, malam tadi.

Mangsa yang berusia 70 tahun dilaporkan hilang selepas keluar menaiki kereta milik pelanggannya di sebuah pusat servis kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara di Petaling Jaya, pada 31 Disember lalu.

Nik Ezanee dilaporkan berkata, polis menerima laporan dibuat anak mangsa berusia 44 tahun selepas mendapati bapanya masih tidak pulang ke rumah pada 9 malam.

Beliau berkata, pengadu dimaklumkan oleh adiknya yang menerima mesej daripada sebuah bank memaklumkan terdapat dua transaksi pada kad kredit milik bapa.

Susulan itu, polis menahan suspek di Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan soal siasat dilakukan terhadap suspek mendedahkan lokasi mayat mangsa.

Foto: The Star
Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews