LONDON: Pendapatan atlet seni bela diri campuran (MMA) masih jauh jika dibandingkan dengan tinju, namun pendapatan mereka tahun lalu boleh dianggap lumayan.
Khabib Nurmagomedov mendahului senarai pendapatan tertinggi UFC pada 2020 dengan nilai 4.5 juta pound (RM24.59 juta).
Pertarungan terakhirnya sebelum bersara dengan rekod 29-0 adalah menentang Justin Gaethje di UFC 254. Peninju Russia itu mengambil keputusan bersara selepas kematian bapanya Abdulmanap.
Di tangga kedua adalah Conor McGregor pada nilai 2.2 juta pound (RM12.02 juta).
McGregor kembali ke gelanggang Octagon selepas dua tahun menghilang – menewaskan Donald Cerrone di pusingan pertama pada UFC 246.
Tahun 2021 dijangka lebih meriah buat McGregor yang akan bertemu Dustin Poirier di UFC 257 Sabtu ini.
Junior Dos Santos di tempat ketiga pada nilai 1.2 juta pound (RM6.55 juta), diikuti Israel Adesanya dan Gaethje
– AGENSI
Sumber: Berita Harian