fbpx

Seoul dilanda gelombang sejuk, salji lebat

SEOUL: 7 Jan — Gelombang sejuk disertai salji lebat semalaman menyebabkan rutin harian penduduk Korea Selatan terjejas pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Seoul merekodkan suhu -15 Celsius pada sebelah dengan menerima salji 3.8 sentimeter (cm) pada 9 malam Rabu, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea.

Pinggir bandar Gwacheon dan Hanam masing-masing diselaputi salji 11.6 cm dan sembilan cm.

Kesesakan lalu lintas luar biasa dilaporkan pada Rabu malam dan beberapa kemalangan kereta kecil turut berlaku. Perkhidmatan kereta api di beberapa stesen juga tergendala.

Kerajaan bandar raya Seoul berkata masa perkhidmatan bas dan kereta bawah tanah akan dilanjutkan untuk memudahkan perjalanan orang ramai.

Amaran gelombang sejuk mula dikeluarkan di Seoul pada Rabu malam buat pertama kali sejak 23 Januari 2018.

Sebelum ini amaran sama dikeluarkan di wilayah Gyeonggi, Gangwon, Chungcheong dan Gyeongsang Utara diikuti beberapa daerah lain termasuk Incheon.

Amaran juga dikeluarkan di kawasan pergunungan di selatan pulau Jeju pertama kali sejak 1964.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews