fbpx

Bintai Kinden dilantik pengedar eksklusif kotak sejuk simpan vaksin

KUALA LUMPUR: Bintai Kinden Corporation Bhd menerusi anak syarikatnya, Bintai Healthcare Sdn Bhd, dilantik sebagai pengedar eksklusif kotak rangkaian sejuk Greenie Medi Cold Chain Box, yang direka untuk penyimpanan dan pengedaran vaksin COVID-19 di Asia Tenggara. Susulan itu, Bintai Healthcare hari ini memeterai perjanjian pengedaran dengan SLAB Asia Co Ltd untuk mengedarkan rangkaian penuh produk […]

Gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat

KUALA LUMPUR: Pengguna di 121 kawasan di sekitar Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat akan berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual mulai jam 1 tengah hari Jumaat hingga jam 3 pagi Sabtu. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan berlaku kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering […]

Jurulatih tempatan bukan cap ayam

KULA LUMPUR: Jurulatih tempatan bukan cap ayam, sebaliknya mempunyai kualiti tersendiri dan ia mampu membawa kejayaan kepada pasukan seperti yang dibuktikan beberapa pengendali tempatan sebelum ini. Kejayaan Tan Cheng Hoe membawa Kedah menjulang Piala Malaysia pada 2016 selain pencapaian sama diraih Pahang pada musim 2013 dan 2014 yang diterajui Dollah Salleh serta Zainal Abidin Hassan […]

RM369k untuk pasangan miliki tiga anak

SEOUL: Selatan menawarkan ganjaran sehingga 100 juta won (kira-kira RM369,279) kepada pasangan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak dalam usahanya meningkatkan populasi penduduk. Korea New Network (KNN) melaporkan bandar Changwon di Gyeongsang Selatan kini berusaha mengatasi masalah populasi penduduk yang menurun dengan insentif kewangan dasar baru menerusi pemberian pinjaman kepada semua pasangan suami isteri yang tinggal […]

Tahun bertuah safawi

KUALA LUMPUR: Musim 2020 nyata tahun bertuah buat bintang bola sepak negara, Safawi Rasid apabila dia tersenarai antara calon anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 yang dikelolakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Safawi yang bakal menginjak usia 24 tahun pada tanggal 5 Mac depan terdahulu meraih pelbagai pengiktirafan sama ada secara berpasukan mahupun individu. Bagaimanapun, pencalonan […]

Banjir makin buruk, Pahang catat peningkatan mendadak mangsa banjir

KUALA LUMPUR: Situasi banjir yang melanda beberapa negeri semakin buruk dengan peningkatan mendadak jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini. Sehingga kini jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Johor dan Sabah menghampiri angka 50,000 orang. Di PAHANG, mangsa banjir pagi ini meningkat kepada 27,073 daripada […]

COVID-19: Surat terbuka 46 pakar merayu kepada PM

KUALA LUMPUR: Seramai 46 pakar kesihatan terkemuka negara merayu supaya satu strategi baharu diwujudkan bagi mengatasi kadar jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, dalam sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis. Antara pakar yang menandatangani surat itu termasuk Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christopher […]

COVID-19: Rakyat Malaysia antara jangkitan dalam komuniti di Singapura

SINGAPURA: Wanita Malaysia berusia 43 tahun merupakan antara dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Khamis. Menurut Kementerian Kesihatan republik itu, wanita berkenaan bekerja di Azur, Crowne Plaza Changi Airport. Pada Rabu, Singapura melaporkan satu kes yang diuji positif bagi strain B117 dan dia bekerja di Azur. Bagaimanapun menurut kementerian itu, wanita […]

Kwiknews