fbpx

COVID-19: Rakyat Malaysia antara jangkitan dalam komuniti di Singapura

SINGAPURA: Wanita Malaysia berusia 43 tahun merupakan antara dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Khamis.


Menurut Kementerian Kesihatan republik itu, wanita berkenaan bekerja di Azur, Crowne Plaza Changi Airport.


Pada Rabu, Singapura melaporkan satu kes yang diuji positif bagi strain B117 dan dia bekerja di Azur.


Bagaimanapun menurut kementerian itu, wanita berkenaan bekerja menghantar makanan siap bungkus kepada anak kapal serta penginap di hotel dan tidak berinteraksi dengan pelanggan Azur.

Wanita itu menunjukkan gejala ketika bekerja pada 3 Jan lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dua hari kemudian, kata kementerian itu dalam kenyataannya malam tadi.


Wanita itu diuji bagi COVID-19 dan pada awalnya didiagnos mengalami jangkitan pernafasan akut (ARI), namun keesokannya keputusan ujian menunjukkan dia sah positif COVID-19.

Menurut kementerian itu, siasatan awal juga mendapati wanita tersebut berkemungkinan tidak dijangkiti strain B117.


Sebagai langkah pencegahan, Crowne Plaza Changi Airport akan ditutup selama 14 hari bermula hari ini (8 Jan).

Setakat tengah hari Khamis, Singapura melaporkan 33 kes baharu dengan dua jangkitan dalam komuniti dan 31 kes import, menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di republik itu sebanyak 58,813 kes.


Menurut kementerian itu, daripada keseluruhan kes baharu tersebut, 30 tidak bergejala dan dikesan menerusi saringan dan pemantauan oleh kementerian, sementara tiga kes lagi bergejala.

Republik itu sebelum ini melaporkan kluster terakhirnya yang membabitkan sebuah asrama pekerja asing tamat pada 24 Nov lepas.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews