fbpx

Kes meningkat, Nabil dan Ayda batal majlis resepsi

PETALING JAYA – Pasangan mempelai Nabil Mahir dan Ayda Jebat mengambil keputusan untuk membatalkan majlis resepsi perkahwinan mereka berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari.

Menerusi hantaran dalam Instagram milik Nabil, pasangan itu terpaksa membatalkan majlis resepsi pihak lelaki yang sepatutnya berlangsung di Langkawi, Kedah pada 9 Januari lepas.

“9 Januari 2021 sepatutnya tarikh resepsi belah saya di Langkawi. Persiapan bermula selepas majlis pertunangan dan semuanya sudah siap sedia.

“Tetapi memandangkan kes sangat tinggi, kami sekeluarga ambil keputusan untuk membatalkan majlis tersebut demi keselamatan tetamu dan keluarga. Asakanl buat yang wajib, kita dah gembira,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam hantaran sama, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, memberitahu, tarikh tersebut amat bermakna buat mereka sekeluarga memandangkan ia juga merupakan tarikh kelahiran ibunya.

Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan pada pukul 3.28 petang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews