fbpx

Lisa kekal di kerusi mentor

PENYANYI kumpulan BLACKPINK, Lisa kembali duduk di kerusi mentor untuk program realiti China Youth With You musim ketiga yang diterbitkan iQIYI.

Baru-baru ini, akaun Twitter rasmi program berkenaan mengumumkan berita tersebut dengan memaklumkan Lisa akan menjadi mentor tarian untuk musim terbaharu.

“Tahun 2021 akan terus menyaksikan persembahan daripada mentor tarian, Lisa. Adakah anda sudah bersedia berseronok bersamanya?” tulis akaun tersebut.

Pengumuman berkenaan sekali gus menyaksikan ini merupakan kali kedua Lisa berperanan sebagai mentor tarian. Lisa memegang peranan tersebut buat pertama kali pada tahun lalu.

Sebelum ini, dia pernah mengejutkan peminat apabila memaparkan sisi berbeza dirinya yang bersikap tegas terhadap peserta dan lantang bersuara memberi kritikan.

Menerusi musim ketiga, program Youth With You menampilkan peserta lelaki selepas menyaksikan persaingan hebat daripada peserta perempuan pada musim terdahulu.

Musim ketiga program realiti berkenaan akan menemui penonton menerusi platform iQIYI menjelang pertengahan tahun ini.

Sumber: Kosmo!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts