fbpx

Maybank tawar bantuan banjir untuk pelanggan terjejas

KUALA LUMPUR: 11 Jan — Maybank kini menawarkan Program Bantuan Banjir dalam usaha meringankan beban kewangan pelanggan individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/korporat yang terjejas akibat banjir di beberapa negeri.

Ini termasuk penangguhan bayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan dan/atau pelanjutan tempoh bayaran balik, demikian menurut bank itu dalam kenyataan hari ini.

“Pelanggan boleh memohon secara mudah melalui e-mel kepada [email protected] bersama maklumat nama/nama perniagaan, nombor kad pengenalan/nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, jenis pinjaman dan nombor kenderaan (sewa beli).

“Mereka terbabit juga boleh menghubungi mana-mana cawangan, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Pembiayaan Auto kami di seluruh negara.

“Semua permohonan akan dinilai berdasarkan setiap kes,” katanya.

Selain itu, bank terbabit turut menawarkan pengecualian fi dan caj untuk perkhidmatan terpilih seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak akibat banjir serta memberi pengecualian caj bayaran lewat untuk kad kredit.

Dalam pada itu, Etiqa yang juga subsidiari insurans Kumpulan Maybank, turut menyediakan proses tuntutan mudah dan pantas untuk pemegang polisi insurans dan sijil takaful tanpa perlu mengisi borang atau dokumen sokongan.

Menurut Maybank, bagi membuat tuntutan, pemegang polisi atau sijil terbabit hanya perlu menghantar mesej teks, gambar atau video banjir ke nombor-nombor khusus WhatsApp yang beroperasi 24 jam sehari iaitu 011-1630 6646 bagi Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Mereka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak pula boleh menghubungi 018-226 3288.

Pelanggan juga boleh menghubungi talian Tuntutan Banjir Etiqa menerusi 03-2692 8188 untuk Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis manaka mereka di Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak di nombor 03-4270 7735/5068.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews