fbpx

Sex and the City bakal kembali di HBO Max. Aktres mana ‘direhatkan’?

SUSULAN menayangkan episodnya yang terakhir pada 2004, siri ‘Sex and the City’ bakal kembali dengan jalan cerita baharu di HBO Max.

Tiga daripada pemegang watak asal dalam siri berkenaan iaitu Sarah Jessical Parker, Cynthia Nixon dan Kristin Davis akan memainkan watak mereka dalam siri 10 episod itu.

HBO Max berkata versi baharu siri itu berjudul ‘And Just Like That…’ dan pembikinannya akan bermula di New York pada ‘hujung musim bunga’.

“Siri itu akan mengikuti Carrie Bradshow (Parker), Charlotte York (Davis) dan Miranda Hobbes (Nixon) yang menjalani kehidupan dan persahabatan yang lagi rumit pada usia 50-an,” kata HBO Max dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Kim Cattrall yang memegang watak Samantha Jones dalam siri hit itu tidak akan kembali berlakon dalam drama tersebut.

Ia susulan Cattrall beberapa kali menolak untuk kembali berlakon dalam siri itu.‘Sex and the City’ merupakan siri HBO yang terkenal dan ditayangkan dari 1998 hingga 2004 yang kemudiannya dijadikan dua filem.

Versi baharu ‘Sex and the City’ ini merupakan siri terbaharu buat HBO Max setelah perkhidmatan penstriman video yang berusia lapan bulan itu cuba pulih daripada permulaan yang perlahan.

Penerbit utama siri asli dan filem ‘Sex and the City’, Michael Patrick King akan kembali sebagai penerbit eksekutif.

Eksekutif untuk HBO Max juga membuat siri ‘Gossip Girl’ yang baharu selain memberikan komitmen untuk membikin sitkom reunion ‘Friends’.

Sumber: Astro AWANI

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews