fbpx

China laporkan kematian pertama Covid-19 dalam 8 bulan

BEIJING – China melaporkan kematian pertama akibat koronavirus (Covid-19) pada Khamis iaitu kali pertama dalam tempoh lapan bulan ketika negara itu berusaha menangani kenaikan dalam kes pandemik tersebut.

Sebelum ini negara berkenaan berjaya mengawal penularan Covid-19 melalui perintah ‘lockdown,’ ujian pengesanan kes tersebut secara beramai-ramai dan sekatan perjalanan.

Bagaimanapun, baru-baru ini berlaku peningkatan kes terutamanya di bahagian utara negara berkenaan.

Sebanyak 138 jangkitan dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Khamis iaitu jumlah kes paling tinggi pernah dicatatkan dalam sehari sejak Mac tahun lalu.

Tidak ada maklumat lanjut diberikan oleh pihak berkuasa kesihatan kecuali ia dilaporkan berlaku di wilayah Hubei.

Sebelum ini kerajaan melaksanakan perintah ‘lockdown’ di beberapa buah bandar raya di wilayah berkenaan.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa melancarkan ujian pengesanan Covid-19

secara besar-besaran dan menutup rangkaian pengangkutan, sekolah dan kedai di Shijiazhuang iaitu ibu kota pentadbiran wilayah Hubei.

Bandar raya Xingtai di selatan wilayah Hubei dan didiami seramai tujuh juta penduduk turut dikenakan perintah berkurung sejak Jumaat lepas termasuk bandar raya Langfang yang dihuni oleh lima juta orang.

Sebuah lagi wilayah di timur laut China iaitu Heilongjiang telah diisytiharkan darurat pada Rabu lalu menyebabkan kira-kira 37.5 juta penduduk tidak dibenarkan meninggalkan wilayah tersebut kecuali jika ada keperluan penting yang perlu diuruskan.

Dalam pada itu, kematian itu berlaku ketika China sedang menunggu ketibaan sekumpulan saintis daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan melakukan siasatan bagi mencari punca asal virus Covid-19 di negara berkenaan.

Angka kematian akibat Covid-19 di China kini ialah 4,635 orang. – AFP

Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews