fbpx

Enggan memakai pelitup muka, Bruce Willis dihalau keluar farmasi

PELAKON lagenda, Bruce Willis  dihalau keluar daripada sebuah farmasi apabila enggan memakai pelitup muka ketika berurusan di situ.

Tindakan Willis, 65, itu mengundang rasa kurang senang pelanggan-pelanggan lain yang kesal dengan tidak bertanggungjawabnya ketika berada di tempat awam.

Bintang filem Die Hard itu berkeras tidak mahu menutup menutup mulut dan hidung meskipun di lehernya tergantung sehelai skaf yang boleh digunakan untuk tujuan itu.

Akibatnya, Willis dihalau keluar daripada premis tersebut. Dia akhirnya akur keluar tanpa membeli apa-apa.

Perbuatan bintang terkenal itu ternyata mengundang kecaman ramai kerana sebagai figura dikenali, dia sepatutnya menunjukkan sikap positif dan contoh yang baik kepada masyarakat.

Sehingga kini, pandemik Covid-19 masih menunjukkan penularan yang tinggi dalam kalangan masyarakat dunia dan belum menunjukkan tanda reda.

Sumber: Sinar Plus

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews