fbpx

Isu jenama Harimau Menangis, ibu Neelofa mohon maaf

KUALA LUMPUR – Ibu pengacara dan pelakon popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed memohon maaf di atas kesilapan berhubung penggunaan jenama Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen dalam sebuah video yang tular hari ini.

Menerusi syarikatnya, Noor Khan Enterprise, Noor Kartini berkata, pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana individu menjual produk sama selagi tidak menyerupai bungkusan produk yang dipasarkannya.

Jelasnya, permohonan paten yang tular itu adalah bertujuan untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan Harimau Menangis pada bungkusan produk itu.

Permohonan Maaf Noor Kartini

“Itu adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami daripada pengguna di luar sana.

“Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk sama selagi tidak menyerupai produk yang kami pasarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini tular di media sosial apabila warganet mula ‘menyerang’ ibu kepada pengacara popular itu selepas tangkap layar permohonannya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tersebar.

Tambah panas, video yang memaparkan Noor Kartini yang sedang memasak daging Harimau Menangis itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah sudah mempatenkan resepi Harimau Menangis milik mereka.

Sementara itu, Noor Kartini juga menegaskan, pihaknya sentiasa mengamalkan persaingan sihat dalam berniaga.

“Pihak kami juga sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Empat hari api tak padam

Kota Kinabalu: Sudah empat hari terbakar namun api di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, di sini, masih gagal dipadamkan sepenuhnya. Terbaru, pasukan bomba dan

Read More »
Kwiknews