fbpx

‘Orang macam ni pun ada lagi ke?’ – Ayda Jebat

Kuala Lumpur: Walaupun usia perkahwinannya baru memasuki hari ke 13, namun pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sudah menerima mesej peribadi daripada seorang pengikut di Instagram yang memintanya bercerai dengan Nabil Mahir dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.

Ayda menerusi satu hantaran di Instagram Story nyata terkilan dengan mesej yang dihantar.

“Ada lagi orang macam ini,” tulisnya di Instagram Story beserta  tangkap skrin yang dihantar pemilik akaun terbabit.

Pemilik akaun yang menggunakan nama amir_akrhonianz itu meminta Ayda bercerai dengan Nabil dan berkahwin dengan Zul yang dirasakan lebih baik.

“Ceraikan jelah suami awak tu…Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis pemilik akaun tidak bertanggungjawab itu.

Sebelum ini pernah timbul gosip mengatakan wujud cinta lokasi membabitkan Ayda dan Zul selepas drama Rindu Awak 200% mencetuskan fenomena luar biasa ketika bersiaran di TV3 beberapa tahun lalu.

Impak daripada populariti drama terbabit, pasangan itu sekali lagi digandingkan bersama dalam drama bersiri M.A.I.D.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan itu sebaliknya menganggap hubungan mereka hanyalah rakan sekerja.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews