fbpx

Pengawal keselamatan didakwa rompak tukang kayu

KUALA LUMPUR: 14 Jan —  Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang tukang kayu warga Bangladesh, Ahad lepas.

Abdul Razak Hassan Mohamad, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Tertuduh didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas, merompak Md Nazrul Islam, 33, dengan merampas sebuah telefon bimbit anggaran RM500 di tepi jalan berdekatan sebuah bank di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, pada 12 tengah malam, 10 Jan lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan tertuduh yang tidak diwakili peguam juga tidak membuat sebarangan rayuan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 15 Feb untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews