fbpx

Emma Maembong, suami positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Pelakon, Emma Maembong pula positif Covid-19 dan beliau mengesahkannya dalam media sosialnya malam tadi.

Beliau dalam videonya menunjukkan dirinya menjalani ujian calitan di kediamannya.

“Buat ujian calitan di rumah sendiri bersama @kumpulan_megaklinik_zahran.

“Sangat bagus dan profesional. Mereka boleh datang ke rumah dan lakukan. Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif.

“Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja ujian calitan sebab kita tidak tahu ada atau tidak virus tersebut dalam diri kita,” tulisnya pelakon berusia 29 tahun itu lagi.

Menurut Emma, dia akan menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari bermula hari ini.

Sebelum itu, suaminya, Shazli Azhar, turut disahkan positif virus itu dan berkongsi tentang perkembangan dirinya menerusi Instagram.

Pada masa sama, Emma turut memaklumkan bayinya, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan negatif virus tersebut selepas menjalani ujian calitan.

Sumber: MalaysiaGazette

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts