fbpx

Gaji Ronaldo lebih daripada 4 kelab

TURIN: Gaji Cristiano Ronaldo sebanyak £28 juta (RM154.58 juta) setahun di Juventus dilaporkan sama banyak atau lebih daripada gaji empat pasukan Serie A.

Pemain berusia 35 tahun itu difahamkan menerima sekitar £540,000 (RM2.981 juta) seminggu di Turin selepas berpindah dari Real Madrid pada 2018.

Menurut La Gazzetta dello Sport, pemenang lima kali Ballon d’Or itu menerima gaji empat kali lebih banyak berbanding pemain lain dalam divisyen berkenaan.

Rakan sepasukan Juve, Matthijs de Ligt, 21, dikatakan menerima gaji £7.2 juta (RM39.75 juta) setahun apabila dibayar £138,000 (RM761,839) seminggu.

Paulo Dybala ketiga dibayar paling tinggi di Juventus berdasarkan gaji sebanyak £6.6 juta (RM36.44 juta) setahun diikuti Adrien Rabiot dan Aaron Ramsey yang masing-masing dibayar £6.3 juta (RM34.78 juta).

Juventus FC team

Namun statistik menakjubkan ialah kelab Serie A – Udinese, Hellas Verona, Spezia dan Crotone membayar jumlah yang sama atau lebih rendah berbanding apa diterima Ronaldo selama setahun.

Bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahawa skuad Old Lady membayar gaji tertinggi dalam liga utama Itali itu mencecah £214 juta (RM1.181 bilion) setahun.

Inter Milan menjadi pasukan kedua tertinggi membayar gaji pemain di Itali dengan jumlah £135 juta (RM745.28 juta) setahun diikuti Roma (£101 juta (RM557.58 juta) Napoli (£95 juta (RM524.45 juta) dan AC Milan (£81 juta (RM447.17 juta).

Skuad Nerazzurri membayar gaji terbanyak buat pengurus dalam liga berkenaan dengan Antonio Conte menerima £10.8 juta (RM59.62 juta) setahun manakala pengurus Roma, Paulo Fonseca (£2.2 juta (RM12.15 juta) dan jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini (£1.9 juta (RM10.49 juta) melengkapkan tiga kedudukan teratas. – Agensi

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews