fbpx

Nak pinjam RM20,000, lesap RM18,000

KUANTAN: Hasrat seorang peniaga di Cameron Highlands untuk membeli rumah dengan membuat pinjaman tidak kesampaian malah terpaksa menanggung kerugian RM18,000 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata kejadian bermula pada 7 Januari lalu apabila mangsa melihat iklan pinjaman wang di Facebook (FB).

“Mangsa kemudian terus menghubungi seorang lelaki untuk membuat pinjaman wang peribadi sebanyak RM20,000 bagi membuat modal membeli rumah.

“Pada 8 Januari lalu, mangsa memindahkan wang secara dalam talian kepada satu akaun bank sebagai cagaran untuk membuat pinjaman wang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, pada Selasa dan Rabu lalu, mangsa membuat enam lagi transaksi wang ke akaun yang sama dan menjadikan jumlah keseluruhan wang yang dipindahkan pada akaun berkenaan berjumlah RM18,000.

“Namun hingga kini mangsa belum menerima wang pinjaman itu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands di sini, semalam.

“Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

“Polis sudah mengenal pasti suspek kes berdasarkan akaun bank yang dipindahkan wang oleh mangsa terbabit,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews