fbpx

Zizi Kirana padam gambar seksi di Instagram, mahu jadi lebih baik

Kuala Lumpur: Penyanyi, Zizi Kirana tekad memadam semua gambar seksinya di Instagram bagi memenuhi permintaan ibunya. 

Zizi ketika ditemui berkata, hatinya terjentik tatkala ibunya mengirimkan mesej panjang di WhatsApp sekali gus mengambil keputusan untuk berbuat demikian. 

“Satu hari selepas solat Subuh, saya menerima kiriman mesej daripada ibu. Selepas dia bertanya sama ada saya sudah solat Subuh atau belum, saya nampak lagi dia sedang menaip sesuatu. Dia ambil masa yang agak lama juga sebelum mengirimkan mesej itu kepada saya. 

“Intinya adalah dia meminta supaya saya memadam gambar-gambar seksi di Instagram dan menasihati saya supaya menjaga pemakaian saya,” katanya kepada Harian Metro. 

Zizi berkata, dia juga memilih untuk perlahan-lahan mengubah dirinya ke arah kebaikan kerana  sedar kita kini berada di penghujung zaman. 

“Sebenarnya, sejak awal tahun lalu lagi saya sudah mula terfikir mengenai perkara ini lebih-lebih lagi apabila dunia dilanda Covid-19. Saya sentiasa berfikir, kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita. Jadi, tak salah kalau kita semua berubah ke arah yang lebih baik. 

“Lagi satu, saya sendiri pun tak tahu sama ada saya atau ibu saya yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu. Jadi, sementara dia masih ada, saya tak mahu kecewakannya dan tunaikan permintaannya untuk kebaikan saya,” katanya. 

Baru-baru ini, tular video rakaman Zizi yang sedang mengaji al-Quran sekali gus membuatkan ramai membuka mata dengan kemampuannya itu. 

“Itu adalah video rakaman untuk satu program bercorak keagamaan yang akan ditayangkan di kaca TV menjelang Ramadan ini,” katanya. 

Source: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews