fbpx

MetMalaysia uji siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Kuala Kedah hari Selasa

Foto: smasanews.com

ALOR SETAR: 19 Jan — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kuala Kedah di sini, bermula 1.30 tengah hari  hingga 5.30 petang hari ini.

Sehubungan itu, Pengarah Meteorologi Kedah Muhammad Khalil Ab Aziz meminta penduduk setempat tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.

Katanya ujian yang akan dibuat di Masjid Seberang Nyonya, Kuala Kedah itu merupakan sebahagian daripada penyelenggaraan ke atas sistem tersebut yang sebelum ini dikesan mempunyai kerosakan.

“Kakitangan MetMalaysia di ibu pejabat di Petaling Jaya, Selangor akan memantau komunikasi sistem dan mengaktifkan kembali siren SAATNM berkenaan manakala kerja-kerja di lapangan akan dilakukan oleh kakitangan MetMalaysia Kedah,” katanya kepada Bernama.

SAATNM dipasang di Kuala Kedah pada 2005 sebagai persediaan menghebahkan kejadian tsunami yang mungkin berlaku.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews